Isnin, 21 Disember 2015
Cerpen : Kau Milik Ku
Karya ini adalah HAK MILIK Park Shud Dee, Shud dee buat sendiri guna akal dn idea yg dianugerahkn, sesiapa yg copy karya ni akn diambil tindakn ( Im serious!! )
By, Park Shu Dee
KAU MILIK KU 😔
My name , Niasarah Ilyana. Berumur 24 tahun. Aku adalah anak yatim piatu kerana ibu bapaku telah meninggalkanku sejak kukecil lagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Tetapi kehidupan aku bahagia kerana aku mempunyai kekasih yg sangat setia. Tetapi, semua itu berubah dengan sekelip mata setelah Mohd Izwan Hakimi , kekasih yg kusayangi pergi tinggalknku . Baru saja aku ingin membina masjid dengannya tetapi dia kemalangan semasa dalam perjalanan ke masjid untuk acara akad nikah kami berdua. Aku redha, Allah lebih sayangkan dia.
Bagi menjaga maruah keluarga sebelah lelaki , aku dikahwinkan dengan adiknya, Mohd Izwan Hazimi tanpa kerelaan diri masing-masing.
***
3 bulan kemudian.
" Nia! Buka pintu! " jerit Azim sambil mengetuk kuat pintu.
Nia yg berada didapur bergegas ke pintu utama. Pintu dibuka.
"Kau pekak ke hah?!!, aku ketuk berkali-kali takkan tak dengar?! " tengking Azim kemudian menampar pipi Nia dengan kuat dan menolak Nia hingga terjatuh dan kemudian Azim berlalu ke biliknya .
Nia bangun dan menyeka air matanya yang tidak berhenti mengalir. Dia bergegas ke dapur dan menyiapkan makan malam dengan segera.
Itulah yg sering terjadi setelah tiga bulan berkahwin. Azim akan mendera dan memukul Nia jika kerja yg dibuat tersilap atau tidak kena. Ada satu hari, Nia disuruh tidur diluar kerana baju yang digosok tidak kemas.
Akim.. Nia sakit , Nia rindu Akim . Adu Nia.
### " Nia okay tak, sakit tak? " soal Akim risau.
"Nia okaylah, sikit je ni " kata Nia tersenyum. Dia terjatuh selepas bermain ice skate di i-city.
"Hrmm, nanti lepas Akim kahwin dengan Nia, Akim janji takkan benarkan sesiapa sakiti Nia, semut pun tak boleh gigit. "Kata Akim sambil mencuit hidung Nia.
Nia tersenyum bahagia.
Kenangan bersama Akim terlintas difikirannya. Perlahan-lahan air matanya mengalir.
"Nia, aku lapar " kata Azim dingin semasa menuruni tangga.
"Ya,saya dah sediakan. "Kata Nia tapi tidak diendahkan oleh Azim.
Azim duduk sementara itu Nia mencedok nasi ke pinggan dan memberinya kepada Azim.
Azim meluahkn semula nasi semasa suapan yg pertama ,dia kemudian menjeling Nia. Nia ketakutan dan hanya menundukkan kepala.
"Kau masak apa ni hah?!, masin macam apa lagi. Aku tak kira malam ni kau tidur luar " tengking Azim.
"Tapi awak kat luar tengah hujan sekarang " kata Nia memohon simpati.
"Ada aku kesah?" Kata Azim dan menarik Nia keluar dari rumah kemudian menutup pintu rumah tersebut dengan kuat.
Azim berasa puas. Dia berjaya menyeksa dan memukul Nia kerana dia benci. Benci kepada arwah abangnya yang mendapat kasih sayang lebih dari ibu bapanya sedangkan dia? Tidak mendapatkan kasih sayang yg secukupnya. Dia sering dibiarkan dan diabaikan sehingga dia menjadi kejam dan sombong .Oleh itu, kekasih hati abangnya diseksa olehnya. Padan muka kau. Akim kau tengoklah Niasarah yg kau sayang ni terseksa. Aku akan seksa dia sampai aku puas. Dendam perlu dilaksana.
***
Pagi itu, Nia bergegas ke bilik Azim setelah namanya dipanggil. Dia tidak tidur dengan Azim kerana Azim tidak suka. Dia tidur dibiliknya sendiri.
Setelah mengetuk pintu ,dia masuk.
"Gosokkan aku baju. Baju warna biru muda ,cepat." Kata Azim dingin dan masuk ke dalam bilik air .
Semasa Azim keluar dari bilik air Nia masih berada di dalam biliknya.
" dah siap? " soal Azim.
" sudah " Nia pusing ke belakang dan terkaku. Ini kali pertama dia melihat Azim tidak berbaju dan hanya memakai tuala sahaja. Badannya yang tegap dibasahi air mandian membuatkan Nia terkaku sendiri.
Azim perasan Nia kaku bila melihatnya tidak berbaju dia hanya biarkan. Peduli ape. Dia mengambil baju kemeja dan menyuruh Nia pergi.
" tunggu jap " panggil Azim ketika Nia ingin membuka pintu bilik.
"Ye? "Soal Nia.
Azim bergerak kearah Nia, hampir dan semakin hampir . Hingga badan mereka bersentuhan. Azim membisik sesuatu di telinga Nia.
"Tolong butangkan baju aku " ucap Azim perlahan. Nia mengangguk dan membutangkan baju Azim tanpa bersuara. Tubuh dia dan Azim sangat dekat, hanya kedengaran nafas Azim sahaja. Jantung Nia seakan ingin tercabut bila berada dekat dengan Azim. Azim hanya diam dan memerhati Nia butangkan bajunya.
"Kenapa kau diam tadi, tergoda ? " soal Azim melihat Nia, Nia hanya diam dan menggeleng kepalanya.
"Bagus, keluar " kata Azim.
***
Azim memegang dadanya setelah Nia keluar dari biliknya, kenapa dia berdebar-debar bila dia dekat dengan Nia. Wajah perempuan tu nampak tenang je. Jatuh cintakah? . Tak, aku benci perempuan tu.
"Malam nanti kawan-kawan aku datang, aku nak kau duduk diam dalam bilik dan tak keluar, aku tak suka barang milik aku orang tengok, faham? "Kata Azim tegas ketika menikmati sarapan pagi.
"Baiklah " jawab Nia.
Malam itu, kawan-kawan Azim datang kerumahnya. Mereka mengadakan parti .
"Wei Azim, mana isteri kau " soal Alif .
"Haah, mana dia tak nampak pun" kata Ewal pulak.
"Korang tak payah tahu la, "kata Azim sambil tersenyum. Nia milik aku.
"Kedekutnya kau ni, dah la aku nk pergi tandas jum Wal ikut aku, kau Enjoy dulu dengan diaorg "ajak Alif sambil mengisyaratkan sesuatu kepada Ewal. Ewal mengangguk.
Azim mengangguk kemudian menyertai yang lain.
***
" kau betul ke nak buat ni? " Tanya Ewal ragu-ragu.
"Betul la, Azim tak bagi kita tengok isteri dia mesti sebab isteri dia meletop .So, this is our chance bro. Dah-dah tolong aku cari bilik diaorang. " kata Alif.
Nia yang termenung di balkoni terkejut apabila tiba-tiba pintu biliknya dibuka oleh seseorang.
" Encik berdua cari siapa? " soal Nia apabila melihat dua orang lelaki masuk kebiliknya.
" Cari isteri Azim " kata Alif sambil tersenyum sinis dan menghampiri Nia. Sebab ni Azim tak bagi tengok isteri dia, cantik rupanya. Nia ketakutan, dia melangkah ke belakang hingga badannya tersentuh dinding.
Alif memegang tangan Nia dan menolak Nia ke katil kemudian menindihnya.
" Lepaskan akulah, Azim tolong Azim " jerit Nia kuat sambil menangis. Dia meronta supaya dilepaskan tapi hampa kekuatannya lelaki itu lebih kuat darinya.
Apabila Alif ingin mencium wajah Nia tiba-tiba dihalang oleh Ewal.
" Wei, jum la blah, ni isteri orang kot , lagipun aku tengok dia macam tak bermaya je, muka dia pucat semacam " Halang Ewal.
" kau nak halang aku time kita kat tangga tadi bukan sekarang, dah kau pegang dia, nanti turn kau ,aku bagi " kata Alif. Ewal hanya mengangguk dan mengikut arahan Alif.
Azim yang sedang seronok menari terdengar suara Nia menjerit. Dah kenapa perempuan ni aku suruh dia diamkan. Nak kena betullah. Azim pantas berjalan menghampiri bilik Nia .
Dia ingin membuka pintu bilik Nia tapi terkunci. Suara Nia menangis semakin kuat. Dia cemas. Dia menendang pintu tersebut hingga terbuka.
Azim terkejut melihat Alif berada di atas Nia manakala Ewal berada di sisi Nia. Kemarahan dia menbuak-buak. Berani setan ni kacau isteri aku.
"Kau jangan berani sentuh dia,dia milik aku " marah Azim lalu menarik Alif dan menumbuknya berkali-kali.
Ewal yang ingin meleraikan pergaduhan ditarik oleh Azim dan ditumbuk jugak. Setelah melihat Alif dan Ewal sudah lemah, Azim menjerit menyuruh mereka pergi dari rumahnya. Begitu jugak tetamu yang hadir disuruh pulang. Melihat Alif dan Ewal teruk dibelasah ,semua tetamu bergegas pulang .
Azim duduk diruang tamu , dia menyelak rambutnya kebelakang. Kusut kepala aku, dia melihat tangannya yg terluka teruk. Shit! , tak guna punya setan. Tiba-tiba dia teringat Nia, Azim bergegas berlari ke bilik Nia.
Azim membuka pintu bilik perlahan-lahan. Dia melihat Nia menangis ketakutan sambil memeluk lutut, dia menghampiri Nia. Nia yg melihat Azim menghampirinya terus memeluk lelaki itu. Azim membalas pelukannya. Dia menangis dalam pelukan Azim.
" saya takut , awak jangan pergi dari saya " adu Nia sambil menangis teresak-esak.
"Ye ok, Aku takkan biarkan setan-setan tu sentuh kau lagi. Aku janji " kata Azim sambil mengeratkan lagi pelukan.
Nia tertidur dalam pelukan Azim setelah 15 minit menangis, Azim melihat keadaan bilik Nia yang bersepah. Dia mengeluh. Dia kemudian mengangkat Nia kebiliknya.
Azim merebahkan Nia diatas katilnya. Dia merenung wajah Nia yang sedang tidur itu, pucatnya wajah kau. Timbul rasa bersalah dalam dirinya.
" Maafkan aku " kata Azim menyelak rambut Nia yang menutupi wajahnya itu dan berlalu pergi.
***
Nia terjaga dari tidurnya setelah terdengar azan subuh berkumandang. Dia gagahkan diri untuk bangun walaupun badannya lemah. Setelah selesai solat, dia mencari kelibat Azim.
Dia melihat azim tertidur di atas sofa di ruang tamu. Dia melihat tangan Azim terluka, dia dengan segera mengambil peti first aid untuk merawat luka tersebut.
Azim terjaga apabila dia terasa tangannya disentuh seseorang. Dia melihat Nia sedang membalut lukanya dengan kain pembalut.
"Awak dah sedar,maaf sebab buat awak terjaga " kata Nia sambil membalut luka Azim.
"It's okay, kau ok? "Soal Azim.
Nia tersenyum dan mengangguk.
"Baguslah, siapkan pakaian aku. Aku nak pergi kerja " kata Azim lalu bangun untuk kebiliknya. Kemudian dia berhenti dan memusing melihat Nia.
"Mulai sekarang, kau tidur dalam bilik aku."kata Azim. Nia hanya mengangguk.
***
Nia seakan tidak membenarkan Azim pergi kerja kerana dia takut. lelaki2 semalam akan datang ke rumah semasa Azim tiada.
Azim yang melihat Nia tidak mahu melepaskan beg bimbitnya, akhirnya mengalah.
"Okay fine, aku tak pergi hari ni " kata Azim lalu masuk semula ke dalam rumah dan merebahkan diri di sofa kemudian melonggarkan tali lehernya. Remote tv diambil lalu switch on tv ditekan.
***
Rancangan Running Man di televisyen tidak dapat menarik minat Azim, yg menarik minatnya sekarang ialah Niasarah yg sibuk mengemas rumah. Tak boleh jadi ni.
"Nia, duduk " perintah Azim.
Nia duduk disofa tetapi jauh dari Azim.
Ehh,perempuan ni, dia nak mengelak dari aku ke. Monolog Azim.
"Hrmm, aku nak belajar untuk cintakan kau, aku akan paksa diri aku untuk jatuh cinta dengan kau. Kau kena tolong aku,faham? "Luah Azim.
Nia terkejut tapi dia tetap mengangguk tanda setuju.
"Bagus, mulai sekarang kau kena kerja dengan aku. Aku nak kau ada disisi aku walau macam mana pun sebab aku nak belajar cintakn kau" kata Azim lagi.
"Ye baiklah, saya akan ikut " kata Nia sepatah.
"Esok kau boleh pergi kerja dengan aku . Satu lagi,kau kena tukar nama panggilan. You have to call me abang , understood? " Azim nekad, dia harus berubah.
Dia perlu belajar untuk mencintai isterinya dan belajar memaafkan orang disekeliling . Dendamnya harus dipadam, yg penting dia harus insaf. Buka buku baru.
" Baiklah " kata Nia sambil tersenyum. Dia gembira, kini Azim sudah berubah.
***
" Baiklah semua ini isteri saya, Niasarah. Dia akan mula berkerja disini mulai hari ini sebagai Pengarah Eksekutif. " beritahu Azim kepada stafnya semasa bermesyuarat.
"Tolong, beri tunjuk ajar kepada saya " kata Nia sambil tersenyum.
***
Semasa Azim sibuk mengemaskini fail-fail Syarikat tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk.
" Masuk "
"Tuan, klient dari Syarikat Berjaya Berhad sudah sampai "beritahu Hanif Setiausaha Azim.
"Panggil dia masuk. Oh ya. Tolong panggil sekali puan suruh dia bawa fail Syarikat "arah Azim
"Baik Tuan "
Setelah beberapa minit, klient Azim masuk ke pejabatnya.
"Assalamualaikum, Tuan Azim "
"Waalaikumussalam, Tuan Aqmal lama tak berjumpa " jawab Azim dengan senyuman.
Setelah beberapa minit mereka berbincang, Nia masuk. Dia hanya senyum kepada Aqmal kerana takut Azim memarahinya.
"Encik Aqmal ini Niasarah, Pengarah Eksekutif syarikat ni" kenal Azim.
"I see, cantik juga ye. So are you married? " tanya Aqmal.
Nia melihat Azim, Azim hanya mengangguk tanda supaya beritahu statusnya.
"Ya, I'm married "
"Hrmm..melepas saya, so who is the lucky guy ? "
" Mohd Izwan Hazimi, that is Encik Azim " jawab Nia tenang.
Aqmal agak terkejut kemudian dia senyum kepada Nia. Nia membalas senyuman Aqmal.
Azim yg melihat kemesraan Nia dengan Aqmal dilanda api cemburu. Nia miliknya. Dia berdehem.
"Let's continue our discussion, Nia mana fail tu " kata Azim. Setelah memberi fail tersebut, Nia keluar.
***
" abang tak suka Nia rapat dengan Aqmal tu. " luah Azim semasa memandu.
" Nia tak rapat dengan dialah, awak jealous ke? " teka Nia.
"I said apa semalam, call me abang " kata Azim tegas .
"Maaf, tapi macam mana awa.. ehh abang tahu Nia rapat dengan Aqmal "
"Abang nampak Nia sembang dengan dia lepas habis abang discuss dengan dia tadi, mesra jugaklah " kata Azim melihat Nia kemudian kembali fokus pada pemanduan.
"Nia tak sembang dengan dialah, dia yang datang kat Nia, takpa lain kali Nia tak buat dah " kata Nia sungguh2 dan senyum kepada Azim.
"Hrmm, baguslah. Jangan dekat dengan dia, abang jealous. Abang taknak perkara ni halang abang untuk jatuh cinta dengan Nia."kata Azim.
"Kita nak pergi mana ni abang, bukan rumah kita kena belok kiri ke? "Soal Nia apabila kereta Azim membelok kearah kanan.
"Abang nak pergi rumah Mama dan Ayah nak jumpa diaorg " kata Azim. Dia ingin meminta ampun dengan mereka kerana telah banyak membuat salah.
***
Mereka pulang ke rumah waktu malam. Alhamdulillah, ibu bapa Azim sudi memaafkan Azim. Mereka juga memohon maaf atas sebab tidak mendidik Azim dengan baik.
Selepas makan malam, Azim dan Nia menonton televisyen. Mereka agak kekok kerana ini kali pertama mereka menonton bersama. Akhirnya, Nia mengambil keputusan untuk masuk tidur dulu.
Azim melihat Nia bergerak ke biliknya dengan segera menghalangnya.
"kan abang dah kata, mulai semalam Nia kena tidur dalam bilik abang, bukan dalam bilik Nia." Kata Azim dan menyuruh Nia masuk ke dalam bilik.
Nia masuk ke dalam bilik Azim. Dia berdiri di hadapan katil size King milik Azim. Kekoknya. Tiba-tiba, Azim masuk ke dalam bilik, dia hairan kenapa Nia tidak tidur lagi.
"Kenapa diri je kat situ, tidurlah. " kata Azim dan masuk ke dalam bilik air. Lima minit kemudian dia keluar dari bilik air.
"Nia tidurlah , abang nak tengok tv dulu. Abang masuk lewat sikit, jangan kekok, just relax. Sweet dreams sweetheart" kata Azim dan keluar dari biliknya.
Nia merebahkan dirinya diatas katil Azim, baru beberapa minit dia sudah terlelap.
Azim masuk ke bilik lewat malam, dia saja masuk lewat sebab ingin beri ruang untuk Nia selesakan diri. Apabila dia masuk, dia melihat Nia sudah tertidur. Dia menyelak gebar perlahan-lahan dan baring disebelah Nia.
Dia mengambil kesempatan merenung wajah Nia. Sikit demi sikit, dia sudah jatuh cinta dengan Nia. Tanpa sedar ,jarinya mula bermain di wajah Nia.
Nia yg berasa seperti sesuatu menyentuh wajahnya, membuka mata, dia terkejut melihat Azim sedang merenungnya. Dengan sepantas kilat dia bangun dari tidurnya.
"Im sorry sebab kacau tidur Nia, tidurlah balik " kata Azim . Mukanya merah manahan malu.
"Lebih baik, saya tidur dalam bilik saya jela, awak tidurlah,saya ok " kata Nia tersenyum lantas bangun untuk pergi ke biliknya.
Tetapi tiba-tiba, tangannya ditarik oleh Azim hingga membuatkan dirinya jatuh ke dalam pelukan Azim. Nia terkejut.
"No,please stay with me this night" luah Azim dan mengeratkan lagi pelukan.
Malam yang indah itu berlalu dengan rahsianya yang tersendiri.
***
Pagi itu , seperti biasa, Nia akan menyediakan sarapan kepada Azim.
Azim yg melihat Nia sibuk menyediakan makanan perlahan-lahan berjalan kearah wanita itu dan memeluk Nia dari belakang.
" Morning sayang " kata Azim lalu mencium pipi kanan Nia kemudian dagunya diletakkan diatas kepala Nia kerana dia lebih tinggi dari isterinya itu.
" morning ,dah mandi? "Soal Nia.
" Dah, sayang masak apa? " soal Azim pula.
"Masak mee goreng je, abang pergi tonton tv dulu nanti siap Nia panggil " suruh Nia.
"Okay sayang. By the way, thanks for last night " kata Azim kemudian mencium pipi Nia sekali lagi lalu pergi ke ruang tamu.
Pipinya Nia sudah blushing, apapun dia gembira kerana Azim sudah berubah sepenuhnya.
Terima kasih Ya Allah, kerana kau telah menganugerahkan suami yang sebaik ini kepadaku .
Kalau kita yakin lepas hujan ada pelangi ,pasti kita yakin bahawa lepas penderitaan pasti ada kebahagian..
-TAMAT-
yeahh, habis dah.. hope semua readers enjoyed baca cerpen yg tk seberapa ni , segala salah silap dan typo saya mohon maaf.. ~ PARK SHUD DEE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Awak kata jangan tiru cerpen awak tapi awak tiru cerpen alzai sanara ,tajuk dia "isteri yg dibenci"part yg si nia tu nak kena rogol sampai la part si. Azim tu suruh nia kerja.. Ok.. Nice cerpen, tapi tak syoklah baca cerpen yg sama macam cerpen lain.. Kipidap!!
BalasPadamingat saya sorang je perasan cerpen ni. hmm sangat la tak matang mengambil hak cipta orang lain tanpa keizinan. siap mention akan ambil tindakan jika ade yang copy. HELLOOOO cik awak yg copy cerita orang lain taw. sy dah cek date cite ni ngn OWNER SEBENAR tu. dari part kahwin ngn adik, dendam dengan abang sebab kasih sayang sampailah part khampir dirogol dengan kawan2 tu. hmm ish3. kesian kak Alza orang copy cerita dia, tapi mengaku cerita sendiri. mohon mengaku kesalahan awak pada kak Alza ye. maaf sy emo sangat sebab sy peminat cerita2 kak alza. ok bai!
PadamSye pon prsn ni cerpen kak alza..sye minat kak alza,so cerpen dia semua sye tau..part akhir jelah sye rse lain sikit...yg lain hampir semua copy paste just nama je awk ubah..
BalasPadamsaye pon saye pon ☝☝saye pon prasan jugak dri awl dia kena kawen ngn adik dia tu lagi, mcm srupa ngn cerpen kak alzai sanara sbb sye pun pngikut tegar cerpen dia. tapi apa pun truskan usha untk mnulis. jaiyo.
BalasPadam*usaha
BalasPadamJalan cerita yg same even though ade part yg beza skit
BalasPadamCam sme je dgn novel...
BalasPadamKnp buat perangai mcm ni?itu karya org, kita ambik x bg tahu tuan dia tu dh dikira apa ya? Awk tahu apa mksd sy. 😌awk bkn bdk sekolah rendah lg, yg ambil barang kwn.. Lps tu kata hak kita. Perbaikilh sikap ni ☺
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam